Aziz Desa



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
Aziz_Desa.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Aziz Desa

 Sosio Budaya

 Kewartawanan

 Kampong Bayas

 Langkawi

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Aziz Desa kelahiran Langkawi pada 15 Januari 1965 dan berasal Kampong Bayas. Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan Berita Harian ( 1985-87). Beliau kemudian menjadi pengacara TV dan seterusnya pegawai media Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan seterusnya menceburi bidang perniagaan disamping menjadi aktivis pelancongan.

Aziz menjadi pengacara popular kerana kepetahan dan kepintaran membicara sesuatu perkara. Beliau popular dengan Seulas Pinang, Cermin-Cermin Diri Anda, Malaysia Hari Ini, Jejak Kasih dengan TV3 dan Nasi Lemak Kopi O bersama TV9 serta Zuriat Kita dan Dahsyat dengan Astro Oasis.

Beliau juga pernah menjadi DJ Radio Langkawi dan menjadi pegawai media Buroq Oil dan untuk seketika CEO Kelantan Trade Centre. Beliau memiliki dua syarikat Aziz Desa Holiday and Consultancy dan Media Glokal Sdn Bhd.

Beliau telah meninggal pada 22 Disember 2015 di Langkawi akibat komplikasi kencing manis, buah pinggang dan jantung ketika berusia 50 tahun. Beliau meninggalkan balu Raden Norazliza Raden Jumari dan enam orang anak serta di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Bayas.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman