Kata Aluan Pengarah

datukNegeri Kedah Darulaman memiliki sejarah gemilang yang dibuktikan melalui pelbagai  artifak arkeologinya. Kegemilangan itu dibina atas ilmu, pengetahuan  dan kemahiran  penduduknya yang sentiasa berani meneroka dan menerobosi sempadan ilmu. Namun begitu kehebatan lalu bukanlah jaminan kegemilangan masa hadapan.

Generasi kini perlu terus mendokong budaya ilmu untuk kekal berjaya di persada sejagat. Mereka perlu dibekali ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk mampu berpencak dipentas dunia. Masyarakat kita perlu diasaskan dengan memuliakan ilmu dan meraikan para ilmuan.

Maka misi Pusat Ilmuan Darulaman untuk berusaha mengangkat Tokoh Ilmuan Darulaman sebagai ikon ketengah masyarakat agar menjadi wadah bersama untuk memulia ilmu dan meraikan para ilmuan dalam kerangka membudayakan ilmu. Kami akan berusaha untuk menjadi penghubung dan jambatan para ilmuan dengan masyarakat terutama golongan pelajar.

Menjadi harapan kami keakraban yang dijalin antara ilmuan dan golongan pelajar serta masyarakat umum, akan memudahkan mereka mengenali dan mengangkat ilmuan sebagai idola lebih wajar. Harapan kita dengan itu  akan suburlah budaya ilmu di semua mukim dan kampong di Kedah Darulaman. Dengan
rangsangan dan dokongan mesyarakat kita berharap para ilmuan sendiri akan turut terangsang untuk terus menerokai ilmu hingga ke sempadannya.

Sama-samalah kita bina masyarakat Darulaman yang mencintai ilmu. Sama-samalah kita mendorong pemuda pemudi kita untuk menjadikan ilmuan sebagai idola wajar. Harapan kita dengan usaha ini akan lahirlah benih ilmuan dan budaya ilmu yang kekal subur di bumi bertuah ini demi manfaat manusia sejagat.
 
Dato Dr Mohamad Azmie Zakaria
Pengarah
Pusat Ilmuan Darulaman

 

 

Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman