Yahya Junid



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
yahya-junid.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Yahya Junid

 Sosio Budaya

 Agama

 Kampong Selengkoh

 Yan

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Yahya bin Junid kelahiran Kampong Selengkoh, Yan pada 3 Oktober 1911. Mula belajar dari keluarga sebelum di hantar ke Sungai Bakap seterusnya ke Sek Melayu Titi Gajah. Kemudian beliau mula pengajian dengan Lebai Long Pondok Chegar, kemudian ke pondok Haji Ghani Tandop, Pengkalan Kundur sehingga 1930. Selepas berguru dengan Sheikh Husin Nasir dan Ahmad Tuan Husin di Pokok Sena, Sbg Perai. Kemudian belajar dengan Tok Kenali di Masjid Muhammadi di susuli dengan 8 ulamak lain di Kelantan.

Sekembali di Kedah pada tahun 1936 beliau berkahwin dengan Zawiyah Hashim dan kemudian ke Mekah. mula mengajar ugama sebelum ke Pondok Guar Chempedak. Beliau telah kematian isteri dan dua orang anak pada tahun 1942 serta kemudiannya berkahwin dengan Maryam Hj Taib. Kemudian menghidup kembali pondok Padang Lumat dan dinamakan Madrasah Taufikiah Al Khairiah yang ditambah Halimiyyah sempena lawatan Sultan. Pondok ini mendapat sambutan pelajar dan menghasilkan ramai Ilmuan. Selain itu beliau turut mengasaskan penubuhan serta pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak. Jasa

Beliau turut terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan kemudian aktif dalam Pas pernah bertanding parlimen dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sala, 1974 dan 1978. Tuan Guru Haji Yahya juga aktif dalam Persatuan Ulama Kedah dan di lantik menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri dan Jawatankuasa Zakat Negeri, Beliau kembali ke rahmatullah pada 6 Ogos 2001 pada usia 90 tahun dan dikebumikan di Guar Chempedak.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman