Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
|
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh Sosio Budaya Pendidikan Kampung Bagan, Pulau Betung, Balik Pulau, Pulau Pinang Kota Setar |
||
MAKLUMAT TOKOH |
||
| Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan di Kampung Bagan, Pulau Betung, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 24 Jun 1934. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung. Kemudian ke Sekolah Melayu Seberang Perak dan pada tahun 1949 ketika darjah 6 menjadi pelajar terbaik Negeri Kedah. Melanjut pelajaran ke Universiti Malaya dan lulus Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Melayu, 1964 dan Doktor Falsafah Pendidikan dari Universiti Stanford, Amerika Syarikat (AS) pada 1972 dan dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom. Memulakan kerjaya sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah pada 1950. Kemudian beliau ke Maktab Perguruan Sultan Indris (1951-1954) dan kembali mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar. Pada 1956, menjadi guru di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga 1959 dan seterusnya penolong pensyarah di Day Training Centre, Alor Setar disusuli pensyarah Maktab Bahasa Kuala Lumpur sehingga 1966. Pada 1967, beliau menyertai Universiti Malaya sebagai Penolong Pensyarah Fakulti Pendidikan sehingga dilantik professor. Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) dari 1978-80 dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 1980-84 serta menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga dilantik Penasihat Khas kepada Kementerian Pendidikan sehingga 1990 serta. Felo Cemerlang, Institut Kajian Strategik dan Dasar (ISIS), Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disamping menjadi Pengerusi Anakku Corporation Bhd., Pengerusi Fomema Sdn. Bhd. dan Pengerusi Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. Selain itu beliau terkenal dengan karya kreatif termasuk cerpen, novel, drama dan puisi disamping banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai pendidikan, bahasa dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975. Skrip dramanya bertajuk Buat Menyapu Si Air Mata pula telah diterbitkan pada 1975. Beliau juga pernah menulis buku prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan diteruskan sehingga akhir hayat termasuk ketika menjadi penulis jemputan, Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM pada 1994. Dalam menghargai sumbangan beliau pada 1982 dianugerahi pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga menerima Anugerah Kehormat ABE, United Kingdom pada 1983, Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Universiti Brock, Kanada; Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari UKM dan Profesor Emeritus dari UUM. Tan Sri Awang Had meninggal pada 1 Julai 2013 ketika berusia 79 tahun di Hospital Putrajaya akibat komplikasi paru-paru. Allahyarham meninggal balu Puan Sri Salmah Abu Bakar dan tujuh orang anak terdiri dari lima lelaki dan dua perempuan. Jenazah beliau di kebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya. |
||


