Yaakob bin Ahmad
TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya
|
|||
|
Nama : Bidang : Disiplin : Tempat Lahir : Daerah Asal : |
Yaakob bin Ahmad Sosio Budaya Agama Kampong Surau, Pedu, Kuala Nerang Padang Terap |
||
MAKLUMAT TOKOH |
||
| Yaakob bin Ahmad kelahiran Kpg Surau, Pedu, Kuala Nerang sekitar 1863. Mula mengaji dengan bapanya. Pada tahun 1870 beliau ke Mekah dan menuntut dengan ramai ulama di Masjidil Haram untuk pengajian Fiqah, Tauhid, Usuluddin, Tasawuf, Hadis dan Tafsir selama 30 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Abdul Qadir, Syeikh Ali Maliki dan Syeikh Abdullah Zawawi serta sangat menguasai bahasa Arab di samping mendalam ilmu Tafsir, Tauhid, Hadis, Usuluddin dan Fiqah. Bila beliau kembali tahun 1900, pada usia 37 tahun dan mula mengajar di Padang Terap, kemudian buka pondok di Batu Menunggul, Mukim Air Putih,Pendang. Sekitar 300 penuntut dari serata negeri dating menuntut di situ. Kemudian 1911 beliau menjadi kadi Baling, Kulim, Kubang Pasu, Kota Setar. Beliau bersara pada usia 77 tahun pada 1940. Kemudian buka pondok di Kampong Bendang dan Kampong Bukit Gedung, Mukim Belimbing, Daerah Padang Terap, 1942-1943. Ulama ini meninggal pada tahun 1943 pada usia 80 tahun akibat sakit tua dan di kebumikan di tanah perkuburan Kuala Nerang. |
||


