Dato Syeikh Abdul Hamid Md Tahir



 

 TOKOH ILMUAN DALAM SEJARAH - Bidang Sosio Budaya

     
dato-syeikh-abdul-hamid-md-tahir.jpg

 Nama :

 Bidang :

 Disiplin :

 Tempat Lahir :

 Daerah Asal :

 Dato Syeikh Abdul Hamid Md Tahir

 Sosio Budaya

 Agama

 Kampong Tanjung, Kupang

 Baling

 

 MAKLUMAT TOKOH

 
Dato Syeikh Abdul Hamid Md Tahir seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, berasal dari Kampong Tanjung, Kupang, Baling kelahiran sekitar 1942. Beliau berkelulusan Al Azhar dalam Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang serta Diploma Pendidikan.

Memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam, di Sekolah Menengah Kuala Pegang, Baling, Sekolah Menengah Sains Sungai Petani, Penasihat Agama USM, Sekolah Menengah Agama Al Mashor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Pensyarah Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dan Maktab Mahmud. Beliau juga telah menulis buku Hadis dan Mustalah Hadis untuk tingkatan 6.

Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan sering menyampaikan kuliah agama dalam radio Kedah FM dan di telah anugerahi DSDK pada tahun 2006 disamping AMN dan AMK. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi PERKIM Kedah (1980-1994). Beliau meninggal pada 11 Oktober 2015 dan jenazah beliau di sembahyangkan di Majid Al-Ghufran, Jalan Pegawai.
 

 

 


Logo Rasmi

logo

Info Pusat

Darulaman Berbudaya Ilmu

Pusat Ilmuan Darulaman merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat bukan untuk keuntungan tetapi berhasrat meraikan budaya ilmu di kalangan penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi Kami

PUSAT ILMUAN DARULAMAN

Batu 21  ¾, Jalan Naka,
Padang Kerasak,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel: 019-9505579

Email: pengarah@ilmuandarulaman .com.my

Facebook: Ilmuan Darulaman